Usaha Wajar / Due Diligence
Due Diligence
Laman web ini berfungsi sebagai platform pasaran pelbagai vendor yang memberi peluang kepada penjual untuk mendaftar dan menyenaraikan produk mereka (seperti helmet Arai dan Shoei) bagi tujuan pemasaran.
Sebagai pihak pengurusan laman web, kami ingin menegaskan perkara berikut bagi memastikan ketelusan dan pemahaman yang jelas kepada semua pengguna:
-
Peranan Platform
-
Laman web ini hanya bertindak sebagai medium penghubung antara penjual dan pembeli.
-
Tiada urusan jual beli, pembayaran atau pengedaran barangan yang dilakukan terus melalui laman web ini.
-
-
Tiada Komisen atau Caj Tersembunyi
-
Penjual boleh mendaftar dan menyenaraikan barangan mereka tanpa dikenakan komisen atau caj tersembunyi.
-
-
Maklumat Hubungan Penjual
-
Semua penjual WAJIB mengisi nombor telefon yang sah bagi memudahkan pembeli menghubungi mereka secara terus.
-
Sebarang urusan jual beli adalah tanggungjawab penuh antara penjual dan pembeli.
-
-
Tanggungjawab Produk
-
Pihak pengurusan laman web tidak bertanggungjawab terhadap kualiti, ketulenan, harga, atau keadaan produk yang disenaraikan.
-
Pembeli dinasihatkan untuk melakukan semakan (due diligence) sendiri sebelum membuat sebarang transaksi.
-
-
Keselamatan Transaksi & Penafian Tanggungjawab
-
Semua transaksi hendaklah dilakukan secara terus antara penjual dan pembeli.
-
Pihak laman web serta pemilik laman web tidak menyediakan sebarang mekanisme pembayaran atau perlindungan transaksi.
-
Pemilik laman web tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian, kerosakan, penipuan, atau masalah yang berlaku dalam urusan jual beli antara penjual dan pembeli.
-
Dengan mendaftar atau menggunakan laman web ini, penjual dan pembeli dianggap telah memahami serta bersetuju dengan terma dan penafian yang dinyatakan.